INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA ( MARDI )
MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.
MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:
* Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
- Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
- Perladangan campuran
* Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar
* Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
* Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
* Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian
* Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
* Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil
* Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan
* Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-
* Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam tahun 1992. Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersilan
* Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006)
* Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan
* Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005
* Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa. Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002
* Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika
* Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU
* Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast
* MARDITech Corporation Sdn. Bhd. juga turut mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN ( FELDA )
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :
Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan, Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI ( LHDN )
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan.
Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga, menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut, turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian, melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain dan Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA ( JAKIM )
a) Menyelaras pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia yang peranan utamanya dilaksanakan oleh Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri.
b) Untuk mengujudkan satu pentadbiran Hal Ehwal Islam yang bersepadu melalui perancangan, Penyelarasan dan perlaksanaan yang berkesan.
POS MALAYSIA ( POS )
Pos Malaysia adalah pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia. Kewujudannya telah melebihi 175 tahun di negara ini, dan mempunyai pengalaman meluas yang merupakan tulang belakang untuk menyokongnya bagi penstrukturan semula secara besar-besaran apabila ia dikorporatkan pada 1992.
Adunan kekuatan dan kebebasan pasarannya yang padu membolehkan Pos Malaysia Berhad menerokai dan menyesuaikan peluang perniagaan baru menjangkaui perkhidmatan pos secara tradisional, justeru, memastikan bahawa ia kekal sebagai peneraju.
Pada tahun 2003, Pos Malaysia telah menstrukturkan semula seluruh unit operasinya kepada tiga Unit Perniagaan Strategik. Bagi memastikan fokus perkhidmatan tertumpu kepada pelbagai pelanggan dan pasaran, Pos Malaysia Berhad kini terdiri daripada:
PosMel
Jenama ini menumpukan dalam menyediakan perkhidmatan pengeposan hari ke hari (harian) kepada orang awam dan pelanggan runcit.
PosLaju
Sebagai pembekal perkhidmatan kurier negara, PosLaju mensasarkan secara agresif hasratnya untuk menjadikan perkhidmatannya sebagai pilihan utama di kalangan pesaing-pesaing asingnya.
PosNiaga
Unit ini bertanggungjawab dalam meningkatkan kebolehupayaan perkhidmatan pos negara melalui, rangkaian pejabat pos yang meluas melebihi 700 buah serta menerusi portal dalam talian Pos Malaysia untuk sampai kepada seluruh rakyat Malaysia di setiap pelusuk negara.
Di Pos Malaysia , berterusan percaya bahawa kesinambungan kejayaan perniagaan kami terletak kepada hubungan kemanusiaan. Oleh itu, Pos Malaysia berterusan melabur dalam mengenal pasti, menilai dan memaksimumkan modal insan yang memacu organisasi dan memperkenalkan inovasi ke atas produk dan perkhidmatan bagi memenuhi kepelbagaian tuntutan permintaan pelanggan. Dalam melangkah ke abad baru, Pos Malaysia terus berusaha untuk kekal fokus, kompetitif dan terus menghubungkan rakyat Malaysia ke seluruh dunia.Poskod demi poskod.
TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB )
Powering the nation for over a decade, Tenaga Nasional Berhad (TNB) is the largest electricity utility company in Malaysia with estimated RM71.4 billion worth in assets. Committed to providing service excellence, our Company is listed on the main board of Bursa Malaysia and employs approximately 28,000 staff to serve a customer base of over seven million in Peninsular Malaysia & Sabah. Today, TNB continues to lead the effort in fostering economic growth & social development in the country.
Recognised for its outstanding performance, regionally & globally, TNB's core businesses comprises of generation, transmission & distribution of electricity. With a total installed generation capacity of about 12,000 MW (including SESB & Kapar Energy Ventures), TNB is trusted for delivering reliable & efficient products & services. In Peninsular Malaysia, TNB contributes to 55 per cent of the total industry capacity through six thermal stations & three major hydroelectric schemes. In addition, TNB manages & operates the National Grid, a comprehensive transmission network that is also interconnected to Thailand & Singapore.
Meanwhile, employees' competencies are continuously enhanced through structured programmes to ensure topmost proficiency, earning TNB remarkable reputation; TNB is ranked 100 from a list of 250 power companies worldwide for the "Power Company of the Year" in the 2008 Platts Global Energy Awards. In addition, TNB was also the proud winner for The Prime Minister's Industry Excellence Award for 2007. This annual national quality award is given to organisations in the private sector in recognition for their excellent achievement in quality management.
Passionate at what we do, TNB through its subsidiaries, has been successful in other diversified activities, which include manufacturing transformers, high-voltage switchgears & cables as well as in the provision of professional consultancy services.
In TNB, we believe that educating & inspiring leaders is fundamental in achieving a brighter future; hence, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) is aimed at producing outstanding individuals in various fields. A major part of the Company's corporate social responsibility in education, sponsorships and contributions, is channeled through our trust foundation – Yayasan Tenaga Nasional.
As a responsible corporate citizen, TNB also places great emphasis on its engagement with the community to ensure society gains and benefits from our efforts.
Iklan Terkini Jawatan Kerja Kosong, Jobs In Malaysia Borang Jawatan Kosong Temuduga Terbuka Interview Terbaru Tahun 2012 Career In Petronas TMnet Risda Felda Maybank Cimb Hong Leong Standard Chartered Public Affin Hsbc Rhb Bank Islam Pertanian Maxis Digi Celcom Umobile Pekerja Khidmat Singkat Tetap Sementara Part Time Kerja Management Trainee Pegawai Tadbir Exam SPA
kementerian belia dan sukan dalam luar negeri kemajuan luar Bandar dan wilayah kerjaraya kesihatan kewangan pelajaran pendidikan pelancongan yayasan pembangunan usahawan wanita dan masyarakat tempatan penerangan komunikasi maklumat kebudayaan pengajian tinggi pengangkutan perdagangan antarabangsa dan industry koperasi kepenggunaan negara pertahanan hal ehwal Agama pertanian asas tani perumahan perladangan komoditi sains teknologi inovasi asli alam sekitar tenaga teknologi air wilayah persekutuan kesejahteraan bandar pengurusan teknologi korporat dewan bandaraya hospital imigresen kebajikan masyarakat kebun bunga perhutanan hidupan liar kerja raya kewangan perbendaharaan mufti muzium lembaga pelabuhan dermaga perindustrian penyelidikan sumber manusia pendaftaran penerangan pengairan saliran pengangkutan jalan perancang bandar desa negeri perikanan perkhidmatan awam veterinar perusahaan haiwan ternak perlindungan alam sekitar ukur pemetaan zakat kemajuan warisan kebudayaan pelancongan pembangunan infrastruktur hal ehwal perhubungan majlis perbandaran pejabat daerah
Kuala Lumpur / KL, Johor bahru / JB, Melaka / Malacca, Pulau Pinang / Penang / George Town, Kuala Terengganu, Kuantan / Pahang, Kelantan / Kota Bahru, Seremban / Negeri Sembilan, Kedah / Alor Setar, Ipoh Perak, Kangar / Perlis, Shah Alam, Selangor, Labuan, Kota Kinabalu / KK, Sandakan, Tawau, Kuching, Bintulu, Samarahan, Sarikei, Miri